mata adalah organ penting dalam tubuh kita,,karena nya kita bisa melihat warna dan perbedaanya,,bukan kah tampa mata semua adalah hitam dan kelam???
Setiap organ di dalam badan kita amat penting kepada kita. Hidup kita akan berubah sekiranya
kita kehilangan satu daripadanya. Sebagai contoh, mata kita…
Dapatkah kamu fikirkan apa yang dapat kamu lakukan jika kamu tidak mempunyai mata? Kamu tidak akan dapat mengetahui bagaimana rupa paras ibu bapa kamu, adik beradik, atau kawan-kawan. Kamu tidak dapat melihat semua benda-benda yang indah ini. Kamu tidak dapat bermain permainan yang kamu main sekarang. Kamu tidak akan dapat membaca buku ini dan melihat gambar berwarna-warni di dalamnya. Kamu tidak dapat membayangkan bagaimana rupa seekor arnab atau seekor anjing, kerana kamu tidak pernah melihatnya. Kamu tidak dapat melihat kartun di TV. Kamu tidak dapat melakukan aktiviti kamu dengan mudah. Kamu mungkin tidak dapat mencari jalan di sekitar rumah kamu. Kamu tidak dapat melihat sebarang warna atau bentuk, kamu juga tidak dapat mengenali warna atau mengenal pastinya. Senarai ini tidak akan habis.
Allah menjadikan setiap manusia dengan mata yang membolehkan mereka melihat. Allah telah memberikan manusia anugerah berharga ini.
Mata kita memainkan fungsi paling penting. Ia menjalankan proses-proses penting yang tidak kita sedari, dan hanya selepasnya kita dapat melihat sekeliling.
Mari kita kaji secara ringkas bagaimana kita melihat:
Setiap objek di dunia ini memantulkan dan memancarkan cahaya ke sekelilingnya. Sebagai contoh, semasa kamu melihat buku ini, cahaya yang terpantul dan terpancar daripada buku tersebut sampai ke belakang mata kamu melalui pupil.
Cahaya ini, setelah melalui satu siri proses di belakang mata kamu, telah ditukar menjadi isyarat elektrik. Isyarat elektrik ini sampai ke otak kamu. Di belakang otak kamu terdapat pusat penglihatan yang membolehkan kamu melihat. Pusat penglihatan ini adalah sebuah tempat yang kecil. Di kawasan kecil inilah isyarat elektrik ini membentuk imej buku ini dan ia berlaku ketika kamu melihat buku ini.
Untuk menerangkan secara ringkas proses-proses ini sahaja telah memakan masa, sedangkan proses ini berlaku dengan pantas. Proses-proses ini berlaku secepat kamu melihat buku ini, pada kelajuan yang tidak dapat kamu melihatnya.
Bukankah ia merupakan satu sistem yang sangat sempurna? Jika kamu masih ingat kami telah menyebutkan tentang para penyokong evolusi sebelum ini. Kami juga menyebut bahawa mereka ini percaya bumi, alam semesta, bintang-bintang dan semua hidupan adalah hasil daripada kebetulan. Mereka yang berkata demikian juga berkata perkara yang sama tentang mata. Mereka berkata, “Mata telah terbentuk dengan sendirinya secara kebetulan.” Dapatkah sebuah sistem yang kompleks dan indah terbentuk dengan sendirinya? Kami berikan satu contoh untuk menjelaskan betapa mengarutnya pendapat ini:
Jurutera-jurutera telah menghasilkan kamera fotografi dan kamera video dengan meniru mata manusia. Bagaimanapun, tidak satu pun peralatan ini dapat memberikan gambaran yang jelas seperti mata kamu. Sekarang angkat kepala kamu daripada buku ini dan lihat sekeliling kamu. Tidakkah pandangan kamu begitu jelas? Tidak terdapat sebarang kekaburan, bintik-bintik putih atau garisan terputus di dalam penglihatan kamu. Sering berlaku, kamu melihat bintik-bintik putih atau garisan-garisan terpisah di dalam satu imej. Walaupun ini semua tidak terjadi dan dengan semua teknologi terkini, televisyen masih tidak dapat menghasilkan imej yang sempurna seperti mata kamu.
Sekarang, mari kita fikirkan sejenak. Ini menunjukkan mata kamu adalah jauh lebih maju dan berkualiti daripada kamera video atau kamera fotografi atau televisyen. Apa yang akan kamu lakukan sekiranya seseorang datang kepada kamu dan berkata seperti berikut
..
“Telah berlaku satu ribut taufan yang menyebabkan kabel-kabel elektrik, skru-skru, penukul-penukul, pemutar skru terbang keluar pintu dan tingkap untuk keluar daripada rumah, dan kemudian semuanya berkumpul di halaman.
Kemudian ia ditimpa hujan dan petir dan semua bahan-bahan ini bercampur-aduk dengan tanah. Setelah berlalu beberapa lama dan saya melihat sebuah televisyen muncul.” Adalah mustahil untuk sebuah televisyen membentuk dirinya sendiri.
Apakah mungkin mata kamu yang jauh lebih berkualiti daripada televisyen, dapat terbentuk dengan sendirinya? Sudah tentu tidak! Sebagaimana sebuah televisyen tidak dapat terbentuk dengan sendirinya, sebaliknya seseorang telah membuatnya, mata kita juga bukan hasil daripada kebetulan. Allahlah yang telah menjadikan mata kita yang dapat melihat imej tiga dimensi dan berwarna dengan begitu jelas. Kerana itulah kita perlu bersyukur kepada Allah di atas segala keindahan yang kita saksikan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
SILAHKAN BERKOMENTAR DISINI